Bulu tangkis pro

Poobalan, Gurumoorthy and Talip, Roslee and Kaliappan, Sukuneswari and Syd Ali, Syd Alimulhakim and Mukhtar, Muhamad Shahabuddin (2023) Bulu tangkis pro. APS Proceedings, 3 (1): 9. pp. 45-48. ISSN 003428568-X
Abstract

Bulu tangkis pro merupakan satu ciptaan diadaptasi dari bulu tangkis biasa bagi permainan badminiton dipasaran. Tujuan inovasi ini adalah untuk mencipta bulu tangkis yang tahan lama dan tidak mudah rosak, disamping menjimatkan kos, tenaga, kitar semula. Bahan yang diperlukan untuk mencipta bulu tangkis pro ialah bekas botol air mineral atau minuman ringan yang berisipadu 500ml atau 1500ml, gunting dan spray warna(jika perlu). Cara penghasilannya sangat mudah iaitu, dalam lingkungan 6cm-10cm dari bahagian atas bekas botol air dipotong dan guntingkan mengikut bentuk dan saiz bulu tangkis sebenar. Selepas bahagian yang diguntingkan itu boleh diwarnakan dengan spray warna yang disukai sebagai pilihan. Maka terbentuklah bulu tangkis pro. Cara penggunaannya sama seperti bulu tangkis sebenar iaitu melempar, memukul atas bawah dengan menggunakan raket badminton. Inovasi ini berkos lebih murah berbanding dipasaran iaitu berkos RM5 untuk tiga puluh unit bulu tangkis pro dan bersifat kitar semula berbanding harga bulu tangkis dipasaran yang lebih mahal. Dicadangkan juga, mana-mana syarikat kitar semula mangambil insiatif dalam menghasil dan memasarkan bulu tangkis pro ini kepada sekolah atau pusat latihan dengan harga yang berpatutan. Tuntasnya, inovasi bulu tangkis pro ini tahan lama, tidak mudah rosak, mudah dibuat, murah, menjimatkan kos, mesra alam, menggalakkan penciptaan dari bahan kitar semula dan mampu menarik minat murid untuk bersenam disamping menjaga keharmonian alam sekitar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 139676.pdf]
Text
139676.pdf
Download (779kB)
Indexing & Metrics