Klinik bimbingan kerjaya perkasa soft skills mahasiswa UiTM Jengka

Mohd Zain, Wan Noradila (2025) Klinik bimbingan kerjaya perkasa soft skills mahasiswa UiTM Jengka. UiTM News Hub. pp. 1-3.
Abstract

Jengka, 16 April 2025 – Program Klinik Bimbingan Kerjaya Siri 1/2025 telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian dengan penglibatan seramai seramai 90 orang mahasiswa dari pelbagai fakulti UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Program ini memberi fokus kepada pembangunan kemahiran insaniah (soft skills) dalam kalangan mahasiswa sebagai persediaan awal menghadapi dunia kerjaya selepas tamat pengajian. Sesi yang berlangsung dari jam 8.30 malam hingga 10.00 malam ini disampaikan oleh Encik Muhamad Naim bin Haji Jamaludin, Pegawai Psikologi Kanan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Melalui sesi ini, pelajar didedahkan kepada elemen penting dalam pembentukan personaliti unggul, komunikasi berkesan, etika profesional serta pengurusan diri – aspek yang semakin diberi perhatian oleh pihak industri dan majikan kini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 139442.pdf]
Text
139442.pdf
Download (373kB)
Indexing & Metrics