Program Latihan Praktikal Ujian Makmal kepada pelajar Diploma Teknologi Pembinaan, Kolej Vokasional Temerloh telah dilaksanakan pada 27 September 2022 di Makmal Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang , Kampus Jengka. Program ini adalah bermatlamat bagi berkongsi kepakaran yang dimiliki Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang (PPKA) dengan pelajar dan tenaga pengajar Kolej Vokasional Temerloh berkaitan dengan ujian – ujian di makmal kejuruteraan awam. Program ini merupakan kali pertama diadakan pada tahun 2022 dan dijangka kan diteruskan pada tahun yang berikutnya. Antara ujian-ujian makmal yang terlibat adalah seperti Analisis Ayakan Aggregat, Ujian Tanpa Musnah Konkrit , Ujian Batu Bata dan Ujian Gantian Pasir. Makmal yang terlibat pula adalah Makmal Mekanik Tanah, Makmal Bahan Kejuruteraan dan makmal Konkrit.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ab Latif, Amminudin UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > Community development. Rural development L Education > LC Special aspects of education > Types of education |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-2 |
| Keywords: | Kolej Vokasional Temerloh, Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pahang |
| Date: | 3 October 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/139350 |
139350.pdf
