Abstract
Artikel ini membincangkan pelaksanaan Program Perkongsian Ilmu Bersama Komuniti @ Sabah yang dijalankan di Kota Belud, Sabah pada 28 November 2025. Program ini memfokuskan kepada penyampaian ilmu mengenai Teknologi Pertanian Secara Akuaponik yang menggabungkan akuakultur dan hidroponik. Inisiatif ini dianjurkan secara kolaboratif oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Shah Alam bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sabah, dengan sokongan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Yayasan Perkasa Siswa (YPS), serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Sabah Sesi 2025/2026. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan teknologi akuaponik sebagai alternatif pertanian mampan bagi masyarakat luar bandar yang menghadapi kekangan tanah, sekaligus berpotensi melahirkan usahawan muda dalam sektor pertanian berteknologi. Melalui sesi demonstrasi praktikal cara pengoperasian dan penjagaan sistem, program ini bukan sahaja memindahkan inovasi teknologi tani tetapi turut memperkukuh hubungan universiti dengan komuniti setempat selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Roslan, Nurul Huda UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA S Agriculture > S Agriculture (General) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Teknologi akuaponik, Pertanian mampan, Komuniti luar bandar, Pemindahan ilmu, Usahawan muda, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Sabah, Kota Belud |
| Date: | 28 November 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/139307 |
