UiTM Pulau Pinang perkasa pendidikan STEM Hijau melalui Karnival STEM4ALL Modul 3

Habideen, Nur Hafizah (2025) UiTM Pulau Pinang perkasa pendidikan STEM Hijau melalui Karnival STEM4ALL Modul 3. UiTM News Hub. pp. 1-4.
Abstract

Artikel ini membincangkan pelaksanaan program Karnival STEM4ALL Modul 3 yang memfokuskan kepada "Pengurusan Sisa Bongkah Cendawan iMistroom 2.0". Program ini dianjurkan secara kolaboratif oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang bersama SK Mak Mandin dan Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) di bawah projek Pendayaan Komuniti@UniMADANI. Bertempat di SK Mak Mandin, Butterworth, inisiatif khidmat masyarakat (CSR) ini berjaya menghimpunkan seramai 213 peserta yang terdiri daripada guru dan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari sekitar wilayah Seberang Perai Utara. Program ini bertujuan mendedahkan para pelajar kepada pendidikan STEM hijau, teknologi pertanian pintar, serta amalan kelestarian melalui kaedah interaktif seperti permainan STEM dan demonstrasi praktikal. Selain itu, inovasi rumah cendawan pintar iMistroom 2.0 turut diperkenalkan bagi menunjukkan kecekapan sistem automasi dalam mengawal ekosistem pertanian moden yang mesra alam. Maklum balas positif daripada peserta membuktikan bahawa program hands-on ini berjaya meningkatkan keyakinan pelajar keperluan khas terhadap bidang STEM sekaligus memperkukuh sinergi strategik antara universiti, sekolah, dan agensi kerajaan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 139304.pdf]
Text
139304.pdf
Download (587kB)
Indexing & Metrics