UiTM Pahang dan PPD Maran jayakan jelajah Pendidikan Digital Daerah Maran 2025

Badruesham, Nurfarawahidah (2025) UiTM Pahang dan PPD Maran jayakan jelajah Pendidikan Digital Daerah Maran 2025. UiTM News Hub. pp. 1-4.
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan program Jelajah Pendidikan Digital Daerah Maran 2025 yang dianjurkan oleh Perpustakaan Al-Bukhari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Maran. Program empat hari yang berlangsung dari 3 hingga 6 November 2025 ini melibatkan penyertaan seramai 640 murid Tahun 4 dan 5 daripada empat buah sekolah termasuk sekolah-sekolah di Zon Chenor. Bertujuan untuk meningkatkan literasi digital dan celik teknologi selaras dengan Teras 1 Dasar Pendidikan Digital , program ini mengetengahkan pelbagai aktiviti interaktif praktikal termasuk cabaran stesen teknologi dan bengkel reka bentuk digital "Memory Makers with Canva". Hasil pelaksanaan program ini menunjukkan impak positif dalam membina keyakinan, kreativiti, serta kesedaran awal murid mengenai keselamatan siber dan etika teknologi. Inisiatif kolaboratif ini bukan sahaja menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 4, SDG 9, dan SDG 17) , malah memperkasakan model sinergi pendidikan inklusif dalam melahirkan generasi muda yang bersedia mendepani cabaran dunia digital.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 139303.pdf]
Text
139303.pdf
Download (592kB)
Indexing & Metrics