ECOFEST UiTM 2025: Program Mudball 2.0 semarak kesedaran pemuliharaan alam sekitar

Che Hashim, Izrahayu (2025) ECOFEST UiTM 2025: Program Mudball 2.0 semarak kesedaran pemuliharaan alam sekitar. UiTM News Hub. pp. 1-3.
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan dan menganalisis pelaksanaan program "Mudball 2.0: EM Mudball for Community-based Water Remediation" yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kampus Hijau UiTM Cawangan Perak dengan kerjasama Pulau Banding Foundation pada 31 Oktober 2025 di UiTM Kampus Tapah. Program kelestarian alam sekitar ini berjaya mengumpulkan seramai 137 peserta yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah UiTM Cawangan Perak (Kampus Tapah dan Seri Iskandar), serta komuniti sekolah daripada SMK Panglima Perang Kiri. Melalui kaedah pembelajaran praktikal, sebanyak 11 kumpulan peserta telah berjaya menghasilkan 1,365 biji mudball berasaskan teknologi bioteknologi hijau Effective Microorganism (EM). Hasil kajian/dokumentasi menunjukkan bahawa program ini berfungsi sebagai platform kolaborasi berimpak tinggi yang bukan sahaja meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan penjagaan sumber air, malah memperkukuh peranan institusi pengajian tinggi dalam memupuk budaya tanggungjawab sosial serta mengaplikasikan inovasi sains dalam pemeliharaan ekosistem alam sekitar secara semula jadi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 139298.pdf]
Text
139298.pdf
Download (388kB)
Indexing & Metrics