Limited eid-ition celebration

Mohammad Fadzillah, Nur Syazwani and Md Zeni, Syahida and Sanusi, Noor Aina Batrisyia and Nias Ahmad, Mohamad Azmi (2022) Limited eid-ition celebration. UiTM News Hub. pp. 1-2.
Abstract

26 Mei 2022 – Program “Limited Eid-ition Celebration” telah berjaya dilaksanakan oleh Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang. Program ini sebenarnya merupakan majlis sambutan hari raya Aidilfitri oleh seluruh warga fakulti termasuklah para pensyarah dan mahasiswa diploma perakaunan di UiTM Cawangan Pahang. Program tersebut berlangsung selama tiga jam bermula jam 4.00 petang sehingga 7.00 malam di Dewan Kolej Tun Teja. Tujuan jamuan ini diadakan adalah bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa, dan pada masa yang sama untuk memperkenalkan pensyarah-pensyarah serta pelajar dari Fakulti Perakaunan memandangkan semester Mac 2022-Ogos 2022 ini merupakan kali pertama pelajar Fakulti Perakaunan menjejakkan kaki ke UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka setelah sekian lama mengikuti sesi pembelajaran secara atas talian akibat penularan wabak Covid-19.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 138842.pdf]
Text
138842.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics