Abstract
UiTM Jengka, 5 Ogos 2025 – Office Management Student Association (OMSA) dari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah berjaya melaksanakan sebuah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) selama dua hari bertempat di Kampung Pantai Serandu, Pekan, Pahang pada 27–28 Jun 2025. Program ini bertujuan memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengasah kemahiran insaniah seperti kerjasama, komunikasi dan kepimpinan melalui pelbagai aktiviti berimpak tinggi yang melibatkan komuniti setempat. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi gotong-royong, pembersihan kawasan pantai, aktiviti kebajikan, serta sesi meditasi yang memberi ruang kepada pelajar untuk menenangkan fikiran dan mengurus tekanan akademik secara lebih berkesan. Program ini turut melibatkan penggunaan sebuah bas rasmi daripada Unit Kenderaan UiTM Cawangan Pahang, yang digunakan untuk membawa peserta dan barangan keperluan, sekaligus memastikan kelancaran sepanjang tempoh pelaksanaan aktiviti.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Md Saad, Nur Fadhlin Sakina UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) S Agriculture > S Agriculture (General) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Related URLs: | |
| Keywords: | UiTM News Hub, CSR OMSA , UiTM Pahang |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/138811 |
