Majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) memperkukuh kerjasama dua hala Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Murdoch, Australia (MU)

Chin, Heo Chong (2023) Majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) memperkukuh kerjasama dua hala Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Murdoch, Australia (MU). UiTM News Hub. pp. 1-3.
Abstract

SUNGAI BULOH, 6 Oktober 2023 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala bersama Universiti Murdoch Australia (MU) dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang bertujuan untuk menggalakkan lagi program perkongsian kepakaran, penganjuran bersama bengkel dan seminar antarabangsa, pertukaran staf dan pelajar, aktiviti penyelidikan dan penerbitan. Satu Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) telah diadakan di Auditorium Khalid Yusoff, Fakulti Perubatan, UiTM Kampus Sungai Buloh. Pertukaran dokumen persefahaman ini diserahkan oleh Penolong Naib Canselor (Strategi) UiTM, Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad yang mewakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd Janor kepada Pro Naib Canselor, Kolej Alam Sekitar dan Sains Hayat, Universiti Murdoch iaitu Prof. Dr. Jennifer Verduin.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 138774.pdf]
Text
138774.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics