Abstract
PUNCAK ALAM, 25 September 2023 – Satu Majlis Lawatan Penanda Aras dan Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA, Malaysia dan Universitas Mataram, Indonesia telah berlangsung di Galeri Senibina, Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam. Pihak – pihak yang terlibat dalam majlis tersebut adalah Bidang Senibina Landskap, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Kampus Puncak Alam dan Program Studi Arsitektur, Fakultas Teknik, Universitas Mataram, Indonesia. Kolej Pengajian Alam Bina diwakili oleh Profesor TPr Dr Jamalunlaili Abdullah selaku Penolong Naib Canselor, manakala bagi Fakultas Teknik, Universitas Mataram diwakili oleh Ketua Program Studi Arsitektur, Prof. Madya Ir. Rini S. Saptaningtyas. Antara yang turut hadir menyaksikan majlis tersebut adalah pengurusan tertinggi KAB yang terdiri daripada Prof. Madya Ts. Dr. Emma Marinie Ahmad Zawawi (Dekan Akademik dan Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Yusfida Ayu Abdullah @ Mohd Zain (Dekan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni), Prof. Madya Dr. Siti Norlizaiha Harun (Ketua Pengajian Perancang Bandar dan Senibina Landskap) dan Prof. Madya Hjh. LAr. Ts. Dr. Nurhayati Abdul Malek (Koordinator Bidang Senibina Landskap). Selain itu, majlis menandatangi MoU ini turut disaksikan oleh dua orang wakil daripada Program Studi Arsitektur, Fakultas Teknik, Universitas Mataram iaitu Prof. Madya Teti Handayani dan Encik Muhammad Iqbal Raissilki.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Salleh, Mohd Zahid UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-2 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Memorandum Persefahaman (MoU), Fakultas Teknik, Universitas Mataram, Indonesia, Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Date: | September 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/138773 |
