Abstract
MANJUNG, 4 Oktober 2023 – Hubungan keserakanan di antara universiti tempatan dan sektor industri diraikan oleh UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) yang telah berlangsung pada 4 Oktober 2023. MoU ditandatangani oleh Yang Dipertua MPM, Tuan Syamsul Hazeman Md. Salleh dan Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Komuniti & Alumni (PJIAM), UiTM, Prof. Madya Dr. Muhamad Abdul Aziz Ab Gani. MoU ini merupakan salah satu usaha Program Perancangan Bandar dan Wilayah (PPBW), UiTM Cawangan Perak untuk bekerjasama dengan pihak industri dalam usaha menyumbang kepada pembangunan yang lebih mampan dan berkualiti. MoU yang berkuat kuasa selama tiga tahun itu dijangka akan menyumbang kepada penyelidikan pembangunan Bandar Manjung sebagai bandar pintar, lestari dan mempunyai karakter tersendiri. Dalam kerjasama strategik ini, UiTM akan bekerjasama dengan MPM untuk membantunya dalam setiap perancangan, sumbangan idea dan khidmat nasihat perundingan.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Salim, Nurbaidura UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Memorandum Persefahaman (MoU), Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Date: | October 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/138772 |
