UiTM Cawangan Perak dan School of Quantity Surveying (SQS) Indonesia meterai MoU kerjasama industri antarabangsa

Mohd Kamar, Izatul Farrita and Lop, Nor Suzila (2023) UiTM Cawangan Perak dan School of Quantity Surveying (SQS) Indonesia meterai MoU kerjasama industri antarabangsa. UiTM News Hub. pp. 1-2.

Official URL: https://news.uitm.edu.my/

Abstract

UiTM Cawangan Perak – Majlis menandatangani MoU di antara Program Ukur Bahan UiTM Cawangan Perak bersama School of Quantity Surveying (SQS) Jakarta, Indonesia telah diadakan pada 6 Oktober 2023 yang lalu. Memorandum Persefahaman (MoU) ini ditandatangani oleh Prof. Madya Dr Nur Hisham Ibrahim (Rektor, UiTM Cawangan Perak) mewakili Naib Canselor YBhg. Prof. Ts Dr Hajah Roziah Mohd Janor bersama pihak SQS Indonesia diwakili oleh Puan Elliyanti Tahir (Pengarah Eksekutif). Turut hadir adalah Ketua Jabatan Pengajian Alam Bina dan Teknologi, Prof. Madya Ts. Dr Norhafizah Abdul Rahman, Koordinator Program dan pensyarah-pensyarah Program Ukur Bahan, UiTM Cawangan Perak. Jalinan kerjasama yang diadakan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala bagi menggalakkan dan mengukuhkan lagi kerjasama di antara kedua-dua pihak di peringkat antarabangsa melalui perlaksanaan pelbagai aktiviti. Di antara aktiviti yang telah dirancang adalah penganjuran sesi webinar ‘International Collaborative Talk 2023: Malaysia-Indonesia Construction Contract and Legal Issues’ yang diadakan pada 7 Oktober 2023. Panel-panel jemputan yang terlibat adalah Puan Ellyyanti Tahir (SQS Indonesia), Sr Wan Ainon Zuraihana Khalid (AI Konsult) dan Datuk Sr Amran Hj Mohd Majid (JKR Kuala Lumpur). Fokus utama webinar ini adalah membincangkan mengenai isu-isu berkaitan kontrak dan perundangan dalam pembinaan di Malaysia dan Indonesia. Program webinar tersebut telah berjaya dan mendapat sambutan baik daripada pengamal industri di Malaysia mahupun Indonesia.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Kamar, Izatul Farrita
UNSPECIFIED
Lop, Nor Suzila
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Journal or Publication Title: UiTM News Hub
Page Range: pp. 1-2
Related URLs:
Keywords: Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), School of Quantity Surveying (SQS), UiTM Cawangan Perak, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Date: October 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/138768
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 138768.pdf] Text
138768.pdf

Download (488kB)

ID Number

138768

Indexing

Statistic

Statistic details