Abstract
Puncak Alam, 29 Februari 2024 – Fakulti Sains Kesihatan, UiTM, khususnya Pusat Pengajian Fisioterapi, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang penting dengan Iryo Sosei University dari Jepun. Majlis menandatangani MoU ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), Fakulti Sains Kesihatan, dan merupakan langkah strategik untuk memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua institusi dalam meningkatkan mutu penyelidikan, pembelajaran, dan pengajaran di peringkat antarabangsa. Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Prof Madya Nazri Che Dom, Timbalan Dekan Hal Ehwal Penyelidikan FSK, UiTM; Prof Goh Ah-Cheng, Dekan Fakulti Sains Kesihatan dari Iryo Sosei University; Dr Ida Hasni Shaari, Ketua Pusat Pengajian Fisioterapi UiTM; Profesor Furukawa Katsuhiro sebagai wakil dari Iryo Sosei University; Prof Madya Dr Mohd Haidzir Abd Manaf, Penolong Rektor UiTM Kampus Sg Buloh dan Selayang, yang juga merupakan visiting associate professor di Iryo Sosei University; serta Dr Saiful Adli Bukry, Pengarah Program dan staf-staf dari Pusat Pengajian Fisioterapi UiTM.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Azizan, Noor Azliyana UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Pusat Pengajian Fisioterapi, UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh |
| Date: | February 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/138761 |
