Abstract
29 FEBRUARI 2024 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) telah mengadakan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Kerjasama Strategik (LoA) dengan lapan rakan industri dalam Program Transformasi Komuniti Agro Madani 2024 bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Program yang berlangsung selama 2 hari bermula dari 28 hingga 29 Februari 2024 ini memberikan fokus kepada perlaksanaan Bengkel Training of Trainers (TOT): Asas Penanaman Tanaman Sayuran Berdaun Secara Konvensional dan Berteknologi. Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Kerjasama Strategik / Surat Perjanjian (LoA) telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Profesor TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni dan disaksikan oleh Yang Berusaha Profesor Ts. Dr. Azhan Hashim@Ismail, Dekan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM kepada lapan industri yang terdiri daripada All Cosmos Industries Sdn. Bhd., Sacha Inchi Superfood Sdn. Bhd. Agro Cloud Sdn. Bhd., Macas Agro Sdn. Bhd., Crop Power Sdn. Bhd., Koperasi Alumni Perladangan UiTM Malaysia Berhad (KOPAPU), Tradewinds Plantation Berhad dan Pejabat Pendidikan Daerah Jasin.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abu Samah, Siti Nurul Atikah UNSPECIFIED Ramli, Nurul Wahida UNSPECIFIED Mohd Nawi, Nur Wajihah UNSPECIFIED Aziz, Nur Nabila Huda UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-2 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | MoU, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA), UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin |
| Date: | February 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/138760 |
