Abstract
MEDAN, INDONESIA, 07 Mac – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UiTM Cawangan Kelantan bersama dengan Himpunan Pengusaha Pribumi Indonesia (HiPPI), Medan Indonesia telah berjaya dimeterai pada tanggal 1 Mac 2024. MoU ini telah ditandatangani oleh Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi (Rektor) dan disaksikan oleh Dr. Norzieha Mustapha, (Timbalan Rektor PJIA) bagi mewakili UiTM Cawangan Kelantan manakala bagi pihak Himpunan Pengusaha Pribumi Indonesia (HiPPI), Medan Indonesia pula telah ditandatangani oleh Teuku Aliyuddinsyah (Timbalan Pengarah Sektor Perdagangan) dan disaksikan oleh Sujiana Ali Kamar (Timbalan Pengerusi UMKM) Himpunan Pengusaha Pribumi Indonesia (HiPPI), Medan Indonesia. Antara intipati yang terkandung dalam MoU ini adalah untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama dua hala di antara UiTM Cawangan Kelantan dengan Himpunan Pengusaha Pribumi Indonesia (HiPPI) dalam bidang keusahawanan, penyelidikan dan program khidmat masyarakat.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Unit Komunikasi Korporat UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | UiTM Cawangan Kelantan, Himpunan Pengusaha Pribumi Indonesia (HiPPI), MoU |
| Date: | March 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/138756 |
