Abstract
19 Mac – Satu Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM KPPIM dan Inner Mongolia University of Technology (IMUT) telah berlangsung secara hibrid pada hari ini. UiTM diwakili Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibudin, Naib Canselor UiTM manakala IMUT di wakili oleh Profesor Guang Hong Fei, Naib Presiden IMUT. Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibudin berkata kolaborasi antara UiTM dan IMUT bukan sahaja menepati dengan hasrat UiTM untuk menjadi universiti terkemuka dunia menjelang 2025 malah ia juga selari dengan asprasi Malayasia Madani. Beliau menambah bahawa kedua-dua universiti akan bekerjasama dalam bidang keselamatan siber, data raya dan analitik data. Cik Siti Farah, Setiausaha Agung ACEC turut menyoroti bahawa kerjasama dengan UiTM memperkukuh rangkaian Industri-Akademik-Penyelidikan, secara tidak langsung pelbagai kerjasama budaya dan projek di kalangan negara Asia sepanjang Inisiatif Jalur dan Laluan. Ini termasuk lawatan profesor, pakar, dan program yang dibiayai sepenuhnya.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Zambri, Suzana UNSPECIFIED News Team, KPPIM UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Inner Mongolia University of Technology (IMUT), Kolej Pengajian Pengkomputeran Informatik dan Matematik (KPPIM), Memorandum persefahaman (MoU), Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Date: | March 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/138755 |
