UiTM Cawangan Pahang dan Universitas Negeri Malang jayakan Program Mobiliti Antarabangsa Pelajar

Farinordin, Farah Ayuni (2025) UiTM Cawangan Pahang dan Universitas Negeri Malang jayakan Program Mobiliti Antarabangsa Pelajar. UiTM News Hub.
Abstract

KOTA MALANG, INDONESIA, 24 September 2025 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang, Kampus Jengka telah melaksanakan Program Mobiliti: Interaksi & Kolaborasi Pelajar Antarabangsa bersama Universitas Negeri Malang (UM), Indonesia. Program ini berlangsung dari 29 Ogos hingga 2 September 2025 bertempat di Fakultas Ilmu Pendidikan (FIP), UM dan melibatkan penyertaan seramai 11 pelajar UiTM serta 80 pelajar dari UM. Program ini merupakan inisiatif strategik dalam menyokong aspirasi UiTM untuk memperluas jaringan kerjasama antarabangsa, memupuk budaya pemindahan ilmu, serta meningkatkan impak global universiti kepada pelajar. Ia juga memperkukuh pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua institusi melalui aktiviti akademik dan pertukaran ilmu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 138671.pdf]
Text
138671.pdf
Download (505kB)
Indexing & Metrics