Abstract
Seri Iskandar, Februari 05,2024 – Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universitas Islam Indonesia dan Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak yang telah berlangsung pada 05 Februari 2024 ditandatangani oleh Rektor UiTM Cawangan Perak, Profesor Madya Dr Nur Hisham Ibrahim dan Rektor Universitas Islam Indonesia, Profesor Fathul Wahid. Majlis ini menandakan kesepakatan formal antara kedua belah pihak untuk meningkatkan kerjasama mereka dalam bidang pendidikan, penyelidikan, dan pengembangan akademik. Tindakan ini mencerminkan komitmen yang kuat dari kedua belah pihak untuk memperkuat kemitraan mereka demi mencapai keunggulan akademik dan keberhasilan bersama. Turut hadir, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Profesor Madya Ts Dr Norhayati Baharudin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Profesor Madya Sr Dr Mohd Azian Zaidi, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, Profesor Madya Dr Muhamad Abdul Aziz Ab Gani, dan barisan jawatankuasa majlis MoU.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Syeddin, Siti Nur’amalina UNSPECIFIED Mohd Salim, Nor Zarina UNSPECIFIED Nasir, Noormahayu UNSPECIFIED Ithnin, Hafini Suhana UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | MoU, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP), UiTM Cawangan Perak |
| Date: | February 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/138593 |
