Abstract
Petaling Jaya, 15 Mei 2024 – Majlis Memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Selangor Youth Community (SAY) yang disaksikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor. UiTM diwakili oleh Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, FASc (Naib Canselor UiTM) dan Profesor Madya Ts. Dr. Roslinda Alias,CDMP (Pengarah Unit Perkhidmatan OKU (UPO) UiTM). Manakala mewakili pihak SAY pula adalah Encik Aiman Syafiq Nazri, Ketua Pegawai Eksekutif SAY dan Encik Abdul Azim Naim Rahman – Eksekutif Keusahawanan Selangor. Antara matlamat utama majlis ini diadakah bagi meneruskan kerjasama strategik dalam agenda pemerkasaan orang kurang upaya (OKU) di Selangor, khususnya dalam kalangan belia. Ianya juga bertujuan untuk memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak dalam melaksanakan pelbagai inisiatif yang menyokong pembangunan dan integrasi OKU dalam masyarakat khususnya di Selangor. Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin menyatakan bahawa kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan UiTM dalam menzahirkan kepedulian dalam agenda pemerkasaan dan pemberdayaan OKU di Selangor dan UiTM. Beliau menekankan bahawa UiTM sentiasa berusaha untuk menjadi peneraju dalam menawarkan pendidikan yang berkualiti bagi semua lapisan masyarakat, termasuklah OKU.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Saaadun, Saadiah Juliana UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Unit Perkhidmatan OKU (UPO), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor Youth Community (SAY) |
| Date: | May 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/138590 |
