Ringkasan statistik: kajian pengesanan graduan UiTM tahun 2007 (sesi I & II) / Pusat Perancangan Strategik, UiTM

UiTM, Pusat Perancangan Strategik (2007) Ringkasan statistik: kajian pengesanan graduan UiTM tahun 2007 (sesi I & II) / Pusat Perancangan Strategik, UiTM. Pusat Perancangan Strategik, UiTM.

Abstract

Isu kebolehpasaran-kerja atau employability graduan universiti terus menjadi bahan perbincangan baik di pihak kerajaan mahupun di kalangan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Sebagai universiti, pihak pengurusan UiTM sedar akan keperihatinan masyarakat tentang keupayaan universiti mengeluarkan graduan-graduan bukan sahaja dari segi kuantitinya tetapi juga dari segi jaminan kualiti graduan yang dilahirkan. UiTM menerusi Unit Statistik, Pusat Perancangan Strategik (PPS) telah sekian lama (sejak tahun 1973) mengusahakan pengumpulan maklumat mengenai keupayaan graduan mendapat kerja dalam tempoh 4-6 bulan dari tarikh menamatkan pengajian. la dinamakan Kajian Pengesanan Graduan UiTM. Kini kajian ini dijalankan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi secara online. Di samping maklumat mengenai keupayaan memperoleh pekerjaan, kajian ini juga mengumpul maklumat mengenai tahap kepuasan graduan terhadap kualiti pelbagai aspek pengalaman mereka semasa mereka menuntut di UiTM. Penemuan kajian ini dan tren yang boleh diperolehi daripada pengumpulan maklumat-maklumat kajian dari tahun tahun yang lepas, perlu dimanfaatkan oleh semua ketua ketua jabatan terutama dekan-dekan dan pengarah-pengarah kampus untuk membantu memperbaiki sistem penyampaian universiti ini secara objektif dan berdasarkan fakta yang sahih.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Pusat Perancangan Strategik
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Centre for Strategic Planning and Information (CSPI)
Date: 2007
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13859
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 13859.pdf] Text
13859.pdf

Download (4MB)

ID Number

13859

Indexing

Statistic

Statistic details