Ringkasan statistik kajian pengesanan graduat Universiti Teknologi MARA: Istiadat Konvokesyen bagi tahun 2006 (sesi I dan sesi II) / Pusat Perancangan Strategik, UiTM

UiTM, Pusat Perancangan Strategik (2006) Ringkasan statistik kajian pengesanan graduat Universiti Teknologi MARA: Istiadat Konvokesyen bagi tahun 2006 (sesi I dan sesi II) / Pusat Perancangan Strategik, UiTM. Pusat Perancangan Strategik, UiTM.

Abstract

Isu kebolehpasaran-kerja atau employability graduat universiti terus menjadi bahan perbincangan baik di pihak kerajaan mahupun di kalangan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Sebagai universiti, pihak pengurusan UiTM sedar akan keperihatinan masyarakat tentang keupayaan universiti mengeluarkan graduat-graduat bukan sahaja dari segi kuantitinya tetapi juga dari segi jaminan kualiti graduat yang dilahirkan. UiTM menerusi Unit Statistik, Pusat Perancangan Strategik (PPS ) telah sekian lama (sejak tahun 1973) mengusahakan pengumpulan maklumat mengenai keupayaan graduat mendapat kerja dalam tempoh 4 6 bulan dari tarikh menamatkan pengajian. la dinamakan Tinjauan Penempatan Pertama Graduat UiTM bermula pada tahun 2002, tinjauan ini ditukar kepada kajian pengesanan graduat UiTM dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Manakala pada tahun 2003, Kajian telah diambil alih oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Seterusnya, mulai tahun 2006 pihak kementerian telah mengarahkan semua institusi Pengajian Tinggi menjalankan kajian tersebut secara online. Kini kajian ini dijalankan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi secara online. Di samping maklumat mengenai keupayaan memperoleh pekerjaan, kajian ini juga mengumpul maklumat mengenai tahap kepuasan graduat terhadap kualiti pelbagai aspek pengalaman mereka semasa mereka menjadi pelajar. Penemuan kajian ini dan tren yang boleh diperolehi daripada pengumpulan maklumat-maklumat kajian dari tahun-tahun yang lepas, perlu dimanfaatkan oleh semua ketua-ketua jabatan terutama dekan-dekan dan pengarah-pengarah kampus untuk membantu memperbaiki sistem penyampaian universiti ini secara objektif dan berdasarkan fakta yang sahih.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Pusat Perancangan Strategik
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Centre for Strategic Planning and Information (CSPI)
Date: 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13858
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 13858.pdf] Text
13858.pdf

Download (3MB)

ID Number

13858

Indexing

Statistic

Statistic details