UiTM dan PETRONAS Dagangan Berhad perkukuh literasi HSE dan sosioekonomi melalui showcase berimpak tinggi

Ibaruslan, Norfadzillah (2026) UiTM dan PETRONAS Dagangan Berhad perkukuh literasi HSE dan sosioekonomi melalui showcase berimpak tinggi. UiTM News Hub. pp. 1-3.
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan "HSE and Socioeconomic Literacy Showcase" yang dianjurkan oleh Jabatan Grafik dan Media Digital, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam dengan kerjasama Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (HSE), PETRONAS Dagangan Berhad pada 21 Januari 2026. Program berasaskan pembelajaran pengalaman ini merupakan kesinambungan kepada inisiatif Pelaburan Sosial Korporat (CSI) bertajuk "Beyond the Shoreline: Mangrove Planting as a Bridge to Education, Safety and Enterprise" yang telah dilaksanakan pada Ogos 2025. Showcase ini berjaya menghimpunkan warga akademik, wakil industri, serta komuniti Mah Meri Cultural Village (MMCV) demi memperkukuh literasi keselamatan, kesihatan, kelestarian alam sekitar, dan pemerkasaan sosioekonomi. Melalui pendekatan akademik holistik yang mengintegrasikan elemen pembelajaran, industri, dan komuniti, program ini terbukti menyokong kelestarian budaya serta kehidupan masyarakat Orang Asli, di samping melahirkan graduan yang bertanggungjawab sosial dan berupaya memacu pembangunan lestari berimpak tinggi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 138514.pdf]
Text
138514.pdf
Download (480kB)
Indexing & Metrics