Abstract
TAPAH, 5 Mac 2026 – Fakulti Sains Gunaan (FSG), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak Kampus Tapah, terus memperkukuh agenda pemerkasaan pendidikan STEM melalui penganjuran program Little Scientist Camp 2026 pada 8 Januari 2026. Program ini berjaya menghimpunkan seramai 75 murid sekolah rendah dari sekitar daerah Tapah untuk merasai pengalaman pembelajaran sains di menara gading. Penganjuran program ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) dalam kalangan murid berusia 8 hingga 12 tahun. Selain mendekatkan komuniti sekolah dengan suasana universiti, ia juga berfungsi sebagai platform untuk menyemai minat terhadap ilmu sains melalui pendekatan yang santai dan interaktif.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohammad, Nurul Nazwa UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Tapah Campus |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Fakulti Sains Gunaan (FSG), UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Date: | March 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/138316 |
