LITRA IKS : UiTM Pulau Pinang perkasa literasi kewangan usahawan tempatan

Umar, Azli (2026) LITRA IKS : UiTM Pulau Pinang perkasa literasi kewangan usahawan tempatan. pp. 1-4.
Abstract

Permatang Pauh, 27 Februari 2026 – Jabatan Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, telah berjaya melaksanakan program Literasi & Transformasi Kewangan IKS (LITRA IKS). Inisiatif ini bertujuan memperkasakan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di sekitar Pulau Pinang dengan kemahiran pengurusan kewangan yang lebih sistematik dan mampan. Program yang berlangsung pada 5 Februari 2026 itu melibatkan penyertaan 14 usahawan IKS tempatan. Fokus utama penganjuran adalah untuk memberikan pendedahan praktikal mengenai kepentingan aliran tunai, rekod perniagaan yang tepat, serta perancangan bajet yang strategik demi memastikan kelangsungan perniagaan dalam mendepani landskap ekonomi mencabar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 138312.pdf]
Text
138312.pdf
Download (343kB)
Indexing & Metrics