Pengurusan penyelenggaraan lebuhraya Malaysia dalam menyediakan laluan yang selamat, selesa dan sempurna. Kes kajian : Lebuhraya Wilayah Tengah / Mohamad Nurul Azmi Mat Nor

Mat Nor, Mohamad Nurul Azmi (1999) Pengurusan penyelenggaraan lebuhraya Malaysia dalam menyediakan laluan yang selamat, selesa dan sempurna. Kes kajian : Lebuhraya Wilayah Tengah / Mohamad Nurul Azmi Mat Nor. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Kandungan dissertasi ini antara lain membincangkan topik mengenai pengurusan penyelenggaraan lebuhraya yang terdapat di dalam Wilayah Tengah serta di dalam menyediakan laluan yang selamat, selesa dan sempuma. Sampel kajian yang dipilih adalah seoertt lebuhraya Barn Lembah Klang ( NKVE ), Lebuhraya Persekutuan II, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Lebuhraya Damansara-Puchong, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengan ( ELITE ). Liputan kajian dikhususkan ke atas sistem per1aksanaan penyelenggaraan oleh setiap syarikat penerima konsesi. Selain dari borang kajiselidik yang telah diedarkan kepada syarikat konsesi dan pengguna, penilaian serta analisa juga dibuat berdasarkan pemerhatian yang dibuat semasa melawat atau melalui lebuhraya te tersebut. Lanjutan AU, satu penilaian dibuat mengenai perlaksanaan pengurusan
penyelenggaraan dan perkaitannya dalam penyediaan laluan yang setamat, selesa dan sempurna. Pengurusan terutamanya pengurusan penyelenggaraan bagi sesebuah lebuhraya adalah satu aspek yang terpenting. Penyelenggaraan lebuhraya diklasifikasikan kepada penyelenggaraan harian dan berjadual serta penyelenggaraan pencegahan dan pembaikan . Diantara perkara yang dianalisa di dalam dissertasi ini ialah
pengurusan penyelenggaraan itu sendiri dalam menjadikan laluan di lebuh raya itu laluan yang selamat, selesa dan sempuma serta kepuasan pengguna menggunakan laluan lebuhraya tersebut. Kepuasan pengguna laluan lebuhraya adalah berkait rapat dengan keupayaan syarikat konsesi menyelenggara elemen -etemen dan kemudahan untuk berfungsi sepenuhnya. Tinjauan juga telah dibuat mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan dalam memastikan kerja penyelenggaraan yang dilakukan mengikuti
kehendak dan piawaian yang telah ditetapkan. la adalah untuk mengelakkan kegagalan fungsi sesuatu elemen dan kemudahan dl lebuhraya dan semestinya ia akan menjejaskan kelancaran pemanduan serta penggunaan optima lebuhraya
tersebut. Hasil dan kajian yang dijalankan ke atas sampel-sampel kes , beberapa cadangan mengenai keperluan penyelenggaraan yang berkesan dan piawaian yang sesual di
ajukan dalam mengurus dan memberikan laluan yang selamat, selesa dan sempurna kepada semua pengguna lebuhraya.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mat Nor, Mohamad Nurul Azmi
UNSPECIFIED
Subjects:
T Technology > TE Highway engineering. Roads and pavements > Construction details. Including foundations, maintenance, equipment
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Pengurusan penyelenggaraan lebuhraya, lebuhraya
Date: 1999
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13806
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of TD_MOHAMAD NURUL AZMI MAT NOR AP 99_5.pdf] Text
TD_MOHAMAD NURUL AZMI MAT NOR AP 99_5.pdf

Download (0B)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

13806

Indexing

Statistic

Statistic details