Lawatan Delegasi Program Teknologi Laboratorium Medis, Universitas ‘Aisyiyah Yogyakarta ke FSK, UiTM Puncak Alam

Md Saad, Wan Mazlina and Mohamad Yaakop, Noraisyah (2024) Lawatan Delegasi Program Teknologi Laboratorium Medis, Universitas ‘Aisyiyah Yogyakarta ke FSK, UiTM Puncak Alam. UiTM News Hub. pp. 1-4.

Official URL: https://news.uitm.edu.my/

Abstract

PUNCAK ALAM, 21 Jun 2024 – Pusat Pengajian Teknologi Makmal Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan (FSK) telah menerima lawatan delegasi dari Program Teknologi Laboratorium Medis, Fakultas Ilmu Kesehatan (FIKes), Universitas ‘Aisyiyah Yogyakarta (UNISA). Delegasi terdiri daripada Puan Dhewinta Anggita Sari, Koordinator Akademik dan Kurikulum dan Puan Dhiah Novalina, Pensyarah Program Universitas. Lawatan ini juga turut dihadiri oleh ahli akademik dan makmal Pusat Pengajian Teknologi Makmal Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan. Lawatan dimulakan dengan kata alu-aluan dan pengenalan fakulti daripada Profesor Dr. Zulkhairi Amom, Dekan Fakulti Sains Kesihatan dan barisan pengurusan Pusat Pengajian Teknologi Makmal Perubatan. Objektif lawatan ini adalah untuk merancang peluang kolaborasi dan potensi kerjasama dua hala dalam bidang teknologi makmal perubatan. Lawatan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha UNISA, Yokyakarta untuk menggerakkan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang telah dimeterai pada 5 Januari 2023.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Saad, Wan Mazlina
UNSPECIFIED
Mohamad Yaakop, Noraisyah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Journal or Publication Title: UiTM News Hub
Page Range: pp. 1-4
Related URLs:
Keywords: Fakultas Ilmu Kesehatan (FIKes), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Lawatan Delegasi Program Teknologi Laboratorium Medis, Pusat Pengajian Teknologi Makmal Perubatan, Universitas ‘Aisyiyah Yogyakarta (UNISA), Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Date: June 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/137682
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 137682.pdf] Text
137682.pdf

Download (943kB)

ID Number

137682

Indexing

Statistic

Statistic details