Abstract
SHAH ALAM, 9 Julai 2024 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) telah menandatangani tiga Memorandum Persefahaman (MoU) bersama rakan industri iaitu Boardroom Pte Ltd, Melody Corporate House Sdn Bhd, dan Centre for Future Studies Berhad (The Future). Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM dan industri telah berlangsung di Ruang Legar Aras 7, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam. Majlis ini merupakan simbolik yang melambangkan permulaan usaha kerjasama antara pihak akademia dan industri. Turut hadir adalah Dekan FSPPP, Prof. Madya Dr Nor Hafizah Mohamed Harith, Ahli Lembaga Pengarah Centre for Future Studies Berhad (The Future), Dato’ Amir Bin Omar, Ketua Boardroom Academy, Andrea Chua dan Pengarah Melody Corporate House Sdn Bhd, Muhammad Azreen Bin Osman. Matlamat utama MoU ini adalah bertujuan untuk mewujudkan kerjasama strategik yang dapat memastikan keberkesanan pendidikan serta penyelidikan yang dijalankan. Melalui kerjasama ini, pihak fakulti bukan sahaja akan memacu kecemerlangan akademik, tetapi juga meningkatkan profesionalisme dalam pelbagai bidang.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Haris, Siti Melinda UNSPECIFIED Syed Mohd Fuzi, Sharifah Fatihaah UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-4 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Boardroom Pte Ltd, Centre for Future Studies Berhad, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), Melody Corporate House Sdn Bhd, Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Date: | July 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/137680 |
