Abstract
23 Ogos 2024 – Pada 19 hingga 23 Ogos 2024, telah berlangsung Landscape Architecture Summer Program 2024 (LASP2024). Program ini merupakan hasil kerjasama antarabangsa di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Perlaksanaan (Implementation Agreement) di antara Pengajian Senibina Landskap, UiTM Puncak Alam dengan Program Studi Arsitektur, Universitas Mataram (UNRAM), Indonesia. Program ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama antara pensyarah dan pelajar dalam bidang pengajian Senibina Landskap dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan pelajar jurusan Arsitektur UNRAM melalui lawatan sambil belajar yang menekankan kepelbagaian landskap di Malaysia. Selain itu, program ini juga mempromosikan mobiliti pelajar serta memberikan pengalaman praktikal dalam pelbagai persekitaran seni bina dan landskap di Malaysia dan Indonesia. Program ini menyediakan peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman dalam seni bina landskap, ekologi bandar, dan warisan budaya Malaysia. Sepanjang lima hari program ini, pelbagai aktiviti dianjurkan untuk memberi peluang kepada pelajar dalam memahami kepentingan menggabungkan elemen sejarah dan budaya ke dalam reka bentuk landskap serta melihat bagaimana ruang hijau di bandar boleh meningkatkan biodiversiti dan kualiti hidup.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Syed Othman Thani, Sharifah Khalizah UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), Landscape Architecture Summer Program 2024 (LASP2024), Majlis Memorandum Persefahaman (MoU), Perjanjian Perlaksanaan (Implementation Agreement), Program Studi Arsitektur, UiTM Puncak Alam, Universitas Mataram (UNRAM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Date: | August 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/137673 |
