Abstract
5 September 2024 – EduSculpt CTCS Design Competition Award Ceremony telah berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur. Program ini adalah kerjasama bersama industri tempatan di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Pengajian Senibina Dalaman, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam dengan pihak CTCS Sdn. Bhd., anak syarikat MTIB Malaysia. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengkaji keadaan semasa perabot murid dan guru sekolah rendah di Malaysia, yang masih menggunakan reka bentuk lama. Melalui kajian yang dibuat, para peserta diminta mengemukakan cadangan reka bentuk bagi kedua-dua jenis perabot ini. Peserta diminta mereka bentuk perabot sekolah dengan idea-idea baharu mengikut garis panduan yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini telah berlangsung selama 12 minggu bermula dari 16 April sehingga 25 Julai 2024, di mana program berbentuk ‘education contest’ ini telah disertai oleh 26 orang pelajar Semester 04 bersama- sama 2 orang pensyarah di bawah kod kursus ‘Theory and Application of Furniture Design’. Sepanjang program ini berlangsung, para pelajar telah berpeluang mendapat 3 kali sesi ‘crit session’ iaitu, perbincangan secara bersemuka bersama para juri profesional bagi membincangkan cadangan reka bentuk mereka. Para juri yang terlibat adalah dalam kalangan orang industri yang mempunyai pengalaman yang tinggi dalam bidang perabot. Antaranya adalah Ketua Juri, Dr. Eric Leong, Mr. Walter (Industrial Designer), Pn. Nik Zuraihah (MTIB), En. Almizi Ibrahim (MTIB) dan Tn. Hj. Farosham (Furniture Industry).
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Rahaman, Nur Adilla UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Contributor UNSPECIFIED UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-5 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | CTCS Sdn. Bhd., EduSculpt CTCS Design Competition Award Ceremony, Kilang Meranti Furniture Sdn. Bhd., Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), UiTM Puncak Alam, Universiti Teknologi MARA (UiTM), World Trade Centre Kuala Lumpur |
| Date: | September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/137670 |
