Abstract
JENGKA, 3 Januari 2026 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang melalui Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi (PPPT), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Jengka, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Daerah Jerantut, telah menganjurkan Program SULAM bertemakan komuniti kesihatan “Healthventure Day” bersama warga FELDA Jengka 8. Program berlangsung di Dewan Semai Bakti, FELDA Jengka 8. Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesihatan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat. Selain itu, ia menjadi platform pengukuhan hubungan antara mahasiswa UiTM dan komuniti setempat. Program ini merupakan inisiatif pelajar kelas BA2624B di bawah bimbingan Pensyarah Penasihat, Encik Muhammad Hafiz Suhaimi.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Suhaimi, Muhammad Hafiz UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) T Technology > T Technology (General) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Related URLs: | |
| Keywords: | UiTM News Hub, Program SULAM, UiTM Pahang |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/137662 |
