Program Rimba Outreach EMAS Perak semai kesedaran pemuliharaan hidupan liar

Ramli, Syahmimi Ayuni (2026) Program Rimba Outreach EMAS Perak semai kesedaran pemuliharaan hidupan liar. UiTM News Hub. pp. 1-4.
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan "Rimba Outreach Program" yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Estate Management Society (EMAS) daripada Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah (Kepujian), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar bertempat di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sungkai pada 2 Mei 2026. Program kesukarelawanan yang dijalankan dengan skala sederhana dan kos minimum ini melibatkan penyertaan aktif mahasiswa serta pensyarah demi memupuk kesedaran pemuliharaan spesies hidupan liar terancam dan meningkatkan nilai tanggungjawab sosial korporat (CSR). Pengisian utama program merangkumi sesi taklimat konservasi ekosistem oleh pakar hidupan liar, aktiviti gotong-royong pembersihan kawasan pusat, serta pembelajaran interaktif luar kuliah mengenai pengurusan habitat. Inisiatif ini menjadi manifestasi nyata terhadap komitmen universiti dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya bagi memelihara ekosistem darat serta hidupan liar demi generasi masa hadapan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 137661.pdf]
Text
137661.pdf
Download (469kB)
Indexing & Metrics