Kesan peralihan demografi terhadap kebajikan sosial dan pasaran buruh: perbincangan kumpulan fokus

Sualman, Ismail (2024) Kesan peralihan demografi terhadap kebajikan sosial dan pasaran buruh: perbincangan kumpulan fokus. Journal of Media and Information Warfare (JMIW), 17 (2). pp. 176-190. ISSN 2821-3394
Abstract

Peralihan demografi merujuk kepada perubahan dalam struktur penduduk sesebuah negara, terutamanya berkaitan dengan faktor-faktor seperti kadar kelahiran, kadar kematian, dan jangka hayat penduduk. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan peralihan demografi terhadap kebajikan sosial dan pasaran buruh yang dijalankan di Shah Alam, Selangor dalam kalangan warga emas. Seramai 14 informan dibahagikan kepada dua perbincangan kumpulan fokus. Hasil kajian mendapati bahawa impak pandemik COVID-19 telah menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan dan isu peningkatan kos sara hidup membebankan rakyat yang memerlukan perancangan kewangan yang sistematik bagi memastikan pengurusan keluarga yang berkesan. Peralihan demografi menyaksikan peningkatan dalam populasi warga tua yang membawa kepada peningkatan permintaan untuk perkhidmatan kesihatan dan penjagaan jangka panjang. Dengan kadar kelahiran menurun, pasaran buruh mungkin menghadapi penurunan bilangan pekerja baru. Ini memberi tekanan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kajian juga mendapati bahawa peralihan demografi menuntut penekanan kepada pendidikan berkualiti dan berkesan untuk menyediakan golongan muda menghadapi cabaran pasaran buruh yang berubah-ubah. Peralihan demografi mempengaruhi dasar keluarga seperti perancangan keluarga dan sokongan kepada ibu bapa yang bekerja. Justeru, kepentingan pengurusan peralihan demografi yang berkesan bagi memastikan negara dapat mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang mampan, menyediakan perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang berkualiti serta menjaga kebajikan sosial masyarakat. Inilah cabaran dan peluang yang perlu dihadapi oleh Malaysia Madani dalam dasar awam dan pembangunan negara yang mampan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 137657.pdf]
Text
137657.pdf
Download (289kB)
Indexing & Metrics