FSR UiTM, Herbalife Malaysia suntik semangat keusahawanan, perkasakan kebolehpasaran graduan

Wan Ibrahim, Wan Atiya (2026) FSR UiTM, Herbalife Malaysia suntik semangat keusahawanan, perkasakan kebolehpasaran graduan.
Abstract

SHAH ALAM, 27 APRIL 2026 – Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus memperkukuh kerjasama strategik universiti-industri menerusi penganjuran Program Taklimat Keusahawanan bersama Herbalife Malaysia yang berlangsung di Dewan Kuliah 1, FSR, pada 22 april 2026. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada lebih 50 orang mahasiswa mengenai ekosistem keusahawanan serta peluang kerjaya alternatif dalam industri kesihatan dan kesejahteraan yang kian berkembang pesat. Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Jaringan Industri) FSR, Prof. Madya Dr. Hosni Hasan dalam ucapan alu-aluannya menegaskan bahawa penglibatan pemain industri dalam persekitaran akademik adalah kunci kepada pengayaan pengalaman pembelajaran pelajar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 137539.pdf]
Text
137539.pdf
Download (411kB)
Indexing & Metrics