PTAR UiTM Melaka teraju inisiatif literasi maklumat buat komuniti pelajar di Songkhla

Ibrahim Khan, Hazlin (2026) PTAR UiTM Melaka teraju inisiatif literasi maklumat buat komuniti pelajar di Songkhla. UiTM News Hub. pp. 1-4.
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan Program Lawatan Kerjasama Antarabangsa: Perkongsian Intelektual dan Khidmat Komuniti yang berlangsung di Songkhla, Thailand pada 7 hingga 8 Mei 2026. Program dua hari ini diterajui oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dengan kerjasama Akademi Pengajian Bahasa (APB) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka. Inisiatif ini merangkumi dua pengisian utama iaitu sumbangan khidmat masyarakat melalui pembangunan sudut bacaan (Reading Corner) di Sekolah Sangkhom Islami Wittaya, serta lawatan jalinan akademik ke Fakulti Seni Liberal, Prince of Songkla University (PSU). Selain memindahkan kepakaran pengurusan maklumat dan amalan terbaik pengajaran Bahasa Inggeris, program ini turut menerokai potensi masa depan dalam aspek mobiliti pelajar, penyelidikan bersama, serta penandaarasan fasiliti pembelajaran kendiri. Hasil pelaksanaan inisiatif ini membuktikan komitmen utuh UiTM dalam memacu agenda pengantarabangsaan dan kelestarian ilmu, sekaligus memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) universiti di peringkat global.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 137505.pdf]
Text
137505.pdf
Download (671kB)
Indexing & Metrics