Eco Maze: UiTM Cawangan Pahang suntik elemen permainan dalam pembelajaran biodiversiti

Musa, Nor Lailatul Wahidah (2026) Eco Maze: UiTM Cawangan Pahang suntik elemen permainan dalam pembelajaran biodiversiti. UiTM News Hub.
Abstract

JENGKA, 17 JANUARI 2026 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang menerusi persatuan pelajar Organization of Biodiversity (ORBID), Fakulti Sains Gunaan, berjaya menganjurkan program STEM – Biodiversiti: Eco Maze, sebuah inisiatif berimpak tinggi bagi memupuk minat generasi muda terhadap sains dan kelestarian alam sekitar. Program yang berlangsung di SMK Jengka Pusat ini melibatkan mobilasi 30 mahasiswa program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Biodiversiti sebagai mentor kepada 111 pelajar daripada SMK Jengka Pusat dan SMK Jengka Pusat 2.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 137474.pdf]
Text
137474.pdf
Download (586kB)
Indexing & Metrics