Seiring dengan saranan Program Pembangunan Negara Bersatu untuk bidang SDG 3 (Health & Wellness) dan SDG 4 (Quality Education), Encik Mohd Zulkhairi Bin Mohd Azam,pensyarah kanan dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Cawangan Pahang telah dijemput sebagai panel untuk memberi perkongsian ilmiah secara webinar yang bertajuk ‘Smart Coaching’, yang mana adalah merupakan sebahagian daripada program khas Kursus Pembangunan Kejurulatihan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan 2021. Program kelolaan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) itu telah berlangsung selama 2 jam dari pukul 10.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengahari. Ia telah diadakan dengan menggunakan medium di dalam talian aplikasi Google Meet. Program tersebut adalah direncana khusus untuk para jurulatih MSWP yang kini sedang giat menjalani persediaan bagi pasukan masing-masing untuk ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2021 yang bakal berlangsung beberapa bulan sahaja lagi. Sepanjang webinar tersebut berlangsung, seramai hampir 70 orang jurulatih MSWP telah menyertainya. Di samping itu, Pengarah MSWP sendiri iatu Dr. Hasnul Faizal Bin Hushin Amri juga telah turut serta menghadiri webinar tersebut.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Azam, Zulkhairi UNSPECIFIED Sanuddin, Nurul Diyana UNSPECIFIED Kosni, Norlaila Azura UNSPECIFIED Mohamed Afandi, Mohamed Azizul UNSPECIFIED Hushin Amir, Hasnul Faizal UNSPECIFIED |
| Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education R Medicine > RA Public aspects of medicine > Health behavior and habits |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-2 |
| Keywords: | Smart Coaching, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Cawangan Pahang |
| Date: | 1 October 2021 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/137379 |
137379.pdf
