Webinar: perintah kawalan perasaan

Abu Bakar, Mohamad Azam Akmal (2021) Webinar: perintah kawalan perasaan. UiTM News Hub. pp. 1-2.
Abstract

Pandemik COVID19 merupakan satu wabak yang telah memberi banyak kesan negatif terhadap semua golongan masyarakat di Malaysia. Ianya juga telah memberi impak yang besar dari segi mental dan fizikal kepada para pensyarah dan pelajar di institusi pendidikan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. PKP telah menyebabkan evolusi kepada institusi pendidikan dimana proses pengajaran dan pembelajaran telah diadakan secara maya yang dikenali sebagai Open and Distance Learning (ODL) dan pada masa yang sama, semua pensyarah untuk menggunakan mod bekerja dari rumah (BDR) bagi mengelakkan penyebaran wabak ini. Pihak Institute Leadership and Development (ILD) UiTM Cawangan Pahang (UiTMCPh) dengan kerjasama Unit Kerjaya dan Kaunseling beserta Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTMCPh telah mengadakan satu sesi webinar bertajuk “Perintah Kawalan Perasaan” pada 3 September 2021 di platform Cisco Webex yang bertujuan untuk memberi pengetahuan dan tunjuk ajar tentang cara pengurusan tekanan dikalangan pensyarah disepanjang tempoh PKP dijalankan. Ia juga memberi panduan kepada pensyarah tentang cara untuk membantu pelajar-pelajar yang mengalami tekanan dengan merujuk kepada pakar kaunselor ketika sesi ODL berlangsung. Selain itu, webinar ini berkongsi kepada para pensyarah tentang kemudahan dan kepakaran yang disediakan oleh unit kaunseling.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 137372.pdf]
Text
137372.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics