Program forum ‘business talk’

Jalilludin, Aimi Munirah (2021) Program forum ‘business talk’. UiTM News Hub. pp. 1-2.
Abstract

Sebuah program forum bertajuk ‘ Business Talk: The Truth about Running a Business’ telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Julai 2021 yang lalu. Program anjuran oleh Civil Engineering Student Society (CESS) dengan Kerjasama Persatuan Usahawan Muda, UiTM Cawangan Pahang telah diadakan secara atas talian melalui medium ‘Google Meet’ dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran peserta hampir 100 orang yang terdiri dari kalangan para pelajar serta pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA),UiTM Cawangan Pahang. Seramai dua orang panel yang telah dijemput bagi menjayakan program ini iaitu Encik Mohd Faris bin Abdul Salim selaku pengasas dan ketua pegawai eksekutif kepada syarikat Nuha Food Sdn Bhd. Syarikat beliau telah terlibat dengan proses perusahaan makanan selama 8 tahun di bawah jenama NUHA yang kini telah menembusi pasaran antarabangsa. Manakala, Encik Wan Ahmad Asy-Syafi’e bin Wan Abdullatif yang juga merupakan ketua pegawai eksekutif dengan pencapaian sebagai ‘Top Stokist’ dan ‘Top Leader’ dalam tempoh yang singkat sebagai pengedar produk Chocojar keluaran AB Asia Sdn Bhd.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 137335.pdf]
Text
137335.pdf
Download (364kB)
Indexing & Metrics