Program sesi perkongsian : teknik belajar

Minhad, Nurulatika (2021) Program sesi perkongsian : teknik belajar. UiTM News Hub. pp. 1-2.
Abstract

Rentetan daripada pandemik Covid-19, para pelajar berdepan dengan proses pengajaran dan pembelajaran secara Open and Distance Learning (ODL). Hal ini merupakan perkara baru kepada pelajar dan mereka perlukan bimbingan untuk mengetahui bagaimana cara yang terbaik untuk meneruskan pembelajaran di rumah dan pada masa yang sama dapat mengekalkan momentum akademik mereka. Pihak Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) UiTM Cawangan Pahang (UCPh), Kampus Jengka dengan kerjasama Planters’ Guild (PGs) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan webinar bertajuk “Sesi Perkongsian: Teknik Belajar” pada 23 April 2021 menggunakan platform Google Meet. Program ini dijayakan dengan bimbingan Penasihat Program iaitu Cik Nurulatika Minhad bersama ahli PGs yang lain yang diketuai oleh Ariff Zakwan bin Hamsul Bahari selaku Pengarah Program.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 137236.pdf]
Text
137236.pdf
Download (325kB)
Indexing & Metrics