ITS Global Engagement, Kampus Institut Teknologi Sepuluh Nopember Surabaya, Indonesia telah menganjurkan Guest Lecture Series, (GLS) mengenai Matlamat Pembangunan Lestari 2021 (SDGs). Memadangkan Perjanjian Persefahaman (MoU) yang telah terjalin antara Universiti Teknologi MARA, Ts. Duratul Ain Tholibon, Pensyarah Kanan, dari Kolej Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pahang, Kampus Jengka telah dilantik sebagai Penceramah untuk topik Kejuruteraan Air dan Air Sisa yang telah dijalankan pada 23 Mac 2021, Selasa. Beliau telah memberikan kuliah mengenai pengetahuan asas tentang sumber air dan teknologi terkini yang digunakan dalam pengurusan air dan air sisa. Ini sejajar dengan tema SDG6.0 iaitu air bersih dan sanitasi. Sesi ini mendidik masyarakat setempat mengenai pengurusan air yang betul, mempromosikan secara aktif penggunaan air yang betul, menyokong pemuliharaan air, dan menerapkan teknologi pengekstrakan air yang lestari bagi kawasan luar kampus. Selain itu, program ini adalah kerjasama yang baik antara institusi pengajian tinggi luar negara dan juga melibatkan banyak kerajaan tempatan, nasional, global dan agensi air kebangsaan. ITS menjemput pelajar dan peserta dari seluruh dunia untuk menyertai 40 tajuk ceramah yang telah dipilih mengenai SDGs.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Tholibon, Duratul Ain UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HC Economic History and Conditions > Environmental policy and economic development. Sustainable development. Environmental management T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Water supply for domestic and industrial purposes T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Sewage disposal systems |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Keywords: | Guest Lecture Series, SDG6.0, UiTM Cawangan Pahang |
| Date: | 3 May 2021 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/137224 |
137224.pdf
