Program pendidikan percukaian anjuran fakulti perakaunan

Mohammad Fadzillah, Nur Syazwani (2021) Program pendidikan percukaian anjuran fakulti perakaunan. UiTM News Hub. pp. 1-2.
Abstract

Tanggal 12 Mac 2021 yang lalu, Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Temerloh telah berjaya menganjurkan program Webinar: Taklimat Pendidikan Percukaian (bagi tahun taksiran 2020). Program webinar yang diadakan secara langsung menerusi platform Cisco Webex ini disertai kira-kira 216 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka, Kampus Raub, pelajar serta masyarakat luar. Program yang menekankan komunikasi dua hala ini telah berlangsung selama 2 jam 30 minit dimana sesi soal jawab mendapat sambutan hangat dari para peserta. Sepanjang program ini berlansung, peserta berpeluang untuk menanyakan pelbagai soalan berkaitan cukai pendapatan individu. Antara aspek yang paling menjadi tumpuan peserta adalah berkenaan dengan pelepasan cukai yang layak dimohon oleh pembayar cukai.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 137215.pdf]
Text
137215.pdf
Download (445kB)
Indexing & Metrics