Abstract
Jengka, 18 Oktober 2024 – Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang baru-baru ini telah menerima kunjungan daripada Kolej Vokasional (KV) Sepang untuk program lawatan sambil belajar dan penandaarasan. Program yang berlangsung selama dua hari, iaitu pada 17 dan 18 Oktober 2024, bertujuan untuk memupuk hubungan kerjasama antara kedua-dua institusi dalam bidang akademik dan kemahiran pelajar. Lawatan penandaarasan ini juga merupakan satu proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada kedua-dua pihak sebagai satu strategi penambahbaikan berterusan. Secara tidak langsung, program seperti ini juga dapat membina jalinan yang positif antara Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang dan KV Sepang. Lawatan ini melibatkan penyertaan 26 orang pelajar tahun satu dari program Diploma Perakaunan KV Sepang, yang turut diiringi oleh tujuh orang pensyarah dari Jabatan Perniagaan, KV Sepang. Dari pihak UiTM Pahang, seramai 21 orang pensyarah Fakulti Perakaunan bersama 14 orang wakil pelajar turut terlibat dalam menjayakan program ini.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, News Hub UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Contributor Najid, Nurul Afzan UNSPECIFIED Contributor Jamaluddin, Junaidah UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-2 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Pahang, Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Date: | October 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/137198 |
