Abstract
Sungai Petani, 22 November 2024 – Program Gamifikasi Matematik 2.0 bersama pelajar Tahfiz Maahad Riyadhil Quran (MRIQ) telah berjaya diadakan pada 22 November 2024 bertempat di Maahad Riyadhil Quran (MRIQ), Sungai Petani, Kedah. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh (UiTMCPP), sejajar dengan objektif Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 18 Mei 2024. MoU ini bertujuan memperkukuh kerjasama bersama MRIQ, selain menilai perkembangan pelajar Tahfiz selepas pelaksanaan dua program sebelumnya: Program Pembelajaran Berasaskan Permainan Matematik pada 17 Mei 2024 dan Bengkel Asas Pengkomputeran pada 13 September 2024. Objektif utama program ini adalah untuk memupuk kemahiran Matematik pelajar Tahfiz melalui pembelajaran berasaskan permainan Matematik, dengan memberi fokus kepada operasi asas Matematik seperti penambahan, penolakan, pendaraban, dan pembahagian.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, News Hub UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Contributor Saad, Siti Mariam UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-2 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Gamifikasi Matematik 2.0, Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM), Maahad Riyadhil Quran (MRIQ), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh (UiTMCPP) |
| Date: | November 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/137011 |
