FSR UiTM jalin kerjasama dengan SKDU untuk pembangunan sukan dan rekreasi

UiTM, News Hub (2025) FSR UiTM jalin kerjasama dengan SKDU untuk pembangunan sukan dan rekreasi. UiTM News Hub. pp. 1-2.
Abstract

SHAH ALAM, 10 Februari 2025 – Fakulti Sukan dan Rekreasi (FSR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini menandatangani Surat Hasrat (LOI) dengan Sekolah Kebangsaan Damansara Utama (SKDU) dalam satu majlis rasmi di fakulti. Kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuh pembangunan akademik dan sahsiah pelajar melalui program sukan dan rekreasi yang lebih terancang. Dekan FSR, Profesor Madya Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin berkata, kolaborasi antara institusi pendidikan tinggi dan sekolah adalah penting untuk memupuk budaya sukan dalam sistem pembelajaran holistik. “Kerjasama ini memberi pendedahan awal dalam bidang sains sukan dan rekreasi kepada pelajar, didukung oleh kemudahan fakulti,” tambah beliau.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 137008.pdf]
Text
137008.pdf
Download (533kB)
Indexing & Metrics