Kunjungan salam menuju MOA Universitas Negeri Malang (UM) ke UiTM Perak

UiTM, News Hub (2025) Kunjungan salam menuju MOA Universitas Negeri Malang (UM) ke UiTM Perak. UiTM News Hub. pp. 1-2.

Official URL: https://news.uitm.edu.my/

Abstract

SERI ISKANDAR, 7 Februari 2025 – UiTM Cawangan Perak telah menerima kunjungan rasmi daripada Universitas Negeri Malang (UM), Indonesia, pada 20 hingga 23 Januari 2025. Kunjungan ini bertujuan memulakan kerjasama strategik antara kedua-dua universiti. Dua wakil dari UM, Professor Dr Imam Mukhlis dan Professor Dr Heri Pratikto, membincangkan pembentukan Memorandum Perjanjian (MOA) untuk kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk pertukaran pelajar, penyelidikan bersama, dan penerbitan. “Kunjungan ini adalah langkah awal untuk menjalin persahabatan dan kerjasama, serta meluaskan jaringan antarabangsa antara kedua-dua universiti,” kata Professor Dr Imam Mukhlis. UiTM Perak menyambut baik inisiatif ini sebagai peluang untuk meningkatkan keterlibatan di peringkat antarabangsa. Sempena kunjungan ini, Program Perancangan Bandar dan Wilayah UiTM Perak menganjurkan Seminar Penyelidikan Bersama Antarabangsa dengan empat pembentangan tajuk berkaitan perancangan bandar, ekonomi, dan pelancongan halal. “Seminar ini mencetuskan idea kolaborasi dalam bidang ekonomi dan pengajian alam bina,” kata Dr Lim Seng Boon, ketua program

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, News Hub
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Contributor
Ahmad, Syazwani
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Journal or Publication Title: UiTM News Hub
Page Range: pp. 1-2
Related URLs:
Keywords: UiTM Cawangan Perak, Universitas Negeri Malang, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Date: February 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/137007
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 137007.pdf] Text
137007.pdf

Download (458kB)

ID Number

137007

Indexing

Statistic

Statistic details