UiTM jalin kerjasama dengan komuniti Kampung Tanjung Lipis bangunkan pelancongan berasaskan komuniti

UiTM, News Hub (2025) UiTM jalin kerjasama dengan komuniti Kampung Tanjung Lipis bangunkan pelancongan berasaskan komuniti. UiTM News Hub. pp. 1-3.

Official URL: https://news.uitm.edu.my/

Abstract

KAMPUNG TANJUNG LIPIS, 27 April – Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tanjung Lipis telah menandatangani Surat Niat (LOI) bagi kerjasama strategik dalam membangunkan pelancongan berasaskan komuniti. Majlis yang berlangsung di Kampung Tanjung Lipis ini dirasmikan oleh Yang Berbahgia Dato’ Hamdan Bin Husin, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Pahang. Turut menyaksikan majlis menandatangani LOI ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Mukim Kuala Lipis, wakil-wakil pengarah, pemimpin komuniti, serta pensyarah dan pelajar Pengurusan Taman dan Ameniti, Kolej Alam Bina UiTM. Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian Alam Bina UiTM, Prof. TS. Dr. Hajah Emma Marinie Ahmad Zawawi, dalam ucapannya menekankan kepentingan kolaborasi ini sebagai langkah mempertemukan pendidikan dan semangat komuniti dalam menjana pertumbuhan ekonomi setempat serta memelihara warisan tempatan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, News Hub
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Contributor
Jamaludin, Mas Aiyu
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Journal or Publication Title: UiTM News Hub
Page Range: pp. 1-3
Related URLs:
Keywords: JPKK Kampung Tanjung Lipis, Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Date: April 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/137005
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 137005.pdf] Text
137005.pdf

Download (707kB)

ID Number

137005

Indexing

Statistic

Statistic details