Abstract
Shah Alam, 19 Mei 2025 – Fakulti Sains Gunaan (FSG), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah menerima kunjungan delegasi dari Tokyo Metropolitan University (TMU), yang diwakili oleh Profesor Kotohiro Nomura pada Selasa, 13 Mei 2025. Lawatan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan akademik melalui perbincangan kerjasama dua hala, pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), serta sesi perkongsian akademik yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Mobiliti dan Pengantarabangsaan Fakulti Sains Gunaan UiTM Shah Alam, dengan kerjasama Pejabat Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni serta Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Sarawak. Perbincangan rasmi telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Muzamir Mahat, Timbalan Dekan Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni, Fakulti Sains Gunaan, dan turut melibatkan Liason Officer UiTM Global, ChM. Dr. Nazrizawati serta wakil UiTM Cawangan Sarawak, ChM. Dr. Nor Wahida Awang. Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk pertukaran idea dalam penyelidikan, peluang kolaborasi antara kedua-dua institusi, perancangan pemeteraian MoU, serta sesi temuduga calon PhD dari FSG yang berpotensi menyertai penyelidikan di TMU.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, News Hub UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Contributor Awang, Nor Wahida UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Fakulti Sains Gunaan (FSG), Tokyo Metropolitan University (TMU), Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Date: | May 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/137004 |
