UiTM jalin kerjasama strategik dengan 4 industri melalui pemeteraian MoU

UiTM, News Hub (2025) UiTM jalin kerjasama strategik dengan 4 industri melalui pemeteraian MoU. UiTM News Hub. pp. 1-3.
Abstract

Shah Alam, 22 Mei 2025 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM)(kini dikenali sebagai Fakulti Sains Komputer dan Matematik) terus memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik dengan pihak industri melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama empat buah syarikat iaitu Trend Micro Malaysia, AntsBees Sdn Bhd, Acestar Sdn Bhd dan Jazro Technology Robotics Sdn Bhd pada 14 April 2025. Majlis pertukaran MoU tersebut yang diadakan di Bangunan Canseleri, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, telah disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib, bersama Pengarah Urusan Trend Micro Malaysia, Encik Goh Chee Hoh; Ketua Pegawai Eksekutif AntsBees Sdn Bhd, Encik Sofian Sharin; Ketua Pegawai Eksekutif Acestar Sdn Bhd, Puan Natalie Sit; dan wakil Ketua Pegawai Eksekutif Jazro Robotic Technology Sdn Bhd, Encik Shahrul Naim Muhammad Sapri. Majlis turut disaksikan oleh barisan pengurusan kanan universiti, barisan pengurusan kanan kolej dan wakil-wakil industri.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 137003.pdf]
Text
137003.pdf
Download (775kB)
Indexing & Metrics