UiTM–Indonesia perkukuh komuniti serantau melalui program KTP dan USR

UiTM, News Hub (2025) UiTM–Indonesia perkukuh komuniti serantau melalui program KTP dan USR. UiTM News Hub. pp. 1-3.
Abstract

JAKARTA, 27 Mei 2025– Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus memperkukuh jaringan antarabangsa menerusi pelbagai inisiatif kerjasama strategik bersama institusi pengajian tinggi di Indonesia pada 5 hingga 9 Mei 2025. Delegasi UiTM dari Cawangan Perak dan Sarawak telah menjalin kerjasama dengan Universitas Pamulang, Jakarta dalam rangka kerja menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) yang melibatkan pelbagai program akademik, mahasiswa dan juga masyarakat. Antara program yang dijalankan ialah kuliah Lestari, kolokium, pembentangan poster akademik serta program mobiliti pelajar di bawah inisiatif Knowledge Transfer Programme (KTP) dan University Social Responsibility (USR). Program Corak Art Workshop turut menjadi platform kolaboratif antara 10 mahasiswa Program Senibina UiTM Perak dari Architecture Student Association (ARCHISA) yang dibimbing oleh En. Faris Arman, serta 10 mahasiswa Prodi Teknik dari Universitas Pamulang. Program Corak Art Workshop ini adalah inisiatif bagi memenuhi sasaran Performance Indicator (PI) UiTM melibatkan PI075- Number of University Social Responsibility Programs (USR), PI076- Number of Knowledge Transfer Programs (KTP), PI078- Total Amount spent (from own funds) for USR & KTP Programs dan PI079- Number of Communities Receiving/ benefiting from the knowledge/ technology diffusion projects.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 137002.pdf]
Text
137002.pdf
Download (480kB)
Indexing & Metrics